SEORANG wanita telah bertindak memberi susu badan kepada seekor anak babi ketika dia sedang ditemuramah secara langsung di televisyen.
Dia sedang ditemuramah oleh seorang wartawan di sebuah ladang di Peru mengenai isu hujan lebat dan banjir serta kesannya ke atas perniagaan tempatan.
Wanita itu, yang sedang memegang seekor anak babi, berhenti seketika daripada menjawab soalan dan mengejutkan orang di sekelilingnya apabila dia tiba-tiba menyelak baju yang dipakainya.
Dia kemudian mengangkat haiwan najis mughallazah yang sedang dipegangnya itu sebelum memberikan susu badannya.
Disebabkan tindakan wanita berkenaan, kamera yang sedang merakamkan temuramah secara langsung itu terpaksa dihalakan ke arah lain, di mana orang di sekelilingnya turut kelihatan terkejut melihat apa yang berlaku.
Tidak dapat dipastikan mengapa wanita itu memberikan susu badan kepada anak babi tersebut, tetapi ada yang membuat spekulasi bahawa dia telah menunjukkan satu kesimpulan bagaimana cuaca melampau telah menjejaskan pengeluaran makanan.
Sementara itu, wartawan yang bertugas tergamam melihat tindakan pelik wanita itu.
Ia berlaku di San Juan de Lurigancho, di Lima, Peru, dan sedang dirakamkan oleh stesen tempatan.
Wartawan itu kemudian berjalan jauh daripada wanita berkenaan dan terus membuat laporan cuaca dari sungai berdekatan. – Dailymail.uk/mStar Online
No comments:
Write comments