BEIJING – Gambar yang menunjukkan beberapa ekor harimau Siberia terlalu gemuk dan terbaring di sebuah taman haiwan di China mencetuskan kemarahan aktivis hidupan liar.
Haiwan tersebut dilaporkan terlebih berat badan selepas diberi makan berlebihan oleh petugas Taman Harimau Siberia di bandar Harbin, timur laut China.
Ia menyebabkan harimau malang itu hanya mampu terbaring di dalam kawasan kandang mereka.
Baik pelawat ke taman berkenaan mahupun orang ramai yang melihat gambar harimau itu yang tular di Internet menyelar pihak berkuasa kerana menyebabkan haiwan itu sakit.
Bagaimanapun, pekerja taman berkata, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan dengan keadaan obes haiwan itu kerana sudah menjadi kebiasaan berat badan harimau akan bertambah ketika musim sejuk.
Menurut mereka, keadaan harimau itu akan kembali normal pada musim bunga dan musim panas.
Namun, Yayasan Hidup Bebas, antara pertubuhan pemuliharaan haiwan terkenal mengecam dakwaan itu.
Presidennya, Will Travers berkata di London: “Harimau itu kelihatan terlalu obes, menunjukkan mereka tidak dijaga dan diberi makan dengan betul.
“Pada pendapat saya, keadaan mereka bukan lucu dan mereka tidak comel. Mereka sebenarnya sakit.” – Agensi/myMetro Online
No comments:
Write comments