PARIS: Tunjuk perasaan secara aman bertukar ganas apabila beribu-ribu orang berhimpun di hadapan bangunan mahkamah di bandar Bobigny dekat sini, membantah tindakan empat anggota polis mencabul seorang remaja lelaki kulit hitam menggunakan belantan.
Polis antirusuhan terpaksa menggunakan gas pemedih mata ke arah 2,000 penunjuk perasaan yang bertindak membaling objek ke arah mereka serta membakar tong sampah dan kenderaan.
Polis dalam satu kenyataan berkata, beberapa kenderaan termasuk trak media dibakar dan polis terpaksa membantu menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terperangkap dalam sebuah kenderaan yang terbakar.
Rusuhan pada Sabtu itu berlaku seminggu selepas seorang daripada anggota polis yang disiasat di bawah siasatan rasmi disyaki meliwat ketika menyoal siasat mangsa yang dikenali sebagai Theo di Aulnay-sous-Bois, pinggir bandar Paris.
Video rakaman yang menunjukkan penahanan Theo tersebar luas di internet. Rakaman itu jelas menunjukkan Theo diliwat menggunakan belantan hingga seluarnya terlondeh.
Mahkamah Bobigny akan memutuskan pada 20 Februari ini sama ada keempat-empat anggota polis terbabit bakal dibicarakan selepas mereka menafikan semua tuduhan itu. - AP/Al-Jazeera
No comments:
Write comments