Saturday 4 February 2017

Trump mahu staf wanita 'berpakaian seperti wanita'

WASHINGTON: Presiden Donald Trump memberi tumpuan kepada cara berpakaian dan dandanan pekerjanya, lebih suka staf wanita 'berpakaian seperti wanita', selain meneliti pemakaian tali leher bagi lelaki. 

"Jika anda bakal menjadi jurucakapnya, sama ada peguam atau mewakili beliau dalam mesyuarat, anda perlu ada penampilan tertentu. 

"Penampilan itu, sekurang-kurangnya untuk staf lelaki, perlu berpakaian sepatutnya. Anda perlu menonjolkan fizikal yang baik, ketinggian dan rambut yang didandan rapi," menurut laporan media Axios memetik sumber tidak dinamakan yang bekerja dengan presiden itu sebagai berkata. 

Pekerja wanita 'perlu kelihatan kemas dan terurus' walaupun cuma memakai seluar jeans, kata sumber. 

Kakitangan wanita yang bekerja di luar untuk pasukan kempen Trump berasa terikat untuk mengenakan pakaian kemas. 

Lelaki juga tidak terkecuali kerana Trump disifatkan obses dengan tali leher. 

"Anda perlu memakai tali leher. Jika bukan tali leher Trump, anda boleh dapatkan Brooks Brothers. Namun saya mencadangkan Amana," katanya lagi. 

Menurut laporan New York Times, Trump mengarahkan Setiausaha Akhbarnya, Sean Spicer, mengemaskan cara pemakaiannya selepas penampilan buruk ketika taklimat pertamanya kepada media. 

Cuma seorang daripada pasukan Trump dikecualikan daripada kod pemakaian tegas iaitu ketua strategi presiden itu, Steve Bannon, yang disifatkan Axios 'bangga dengan apa apa yang dipakainya'. - BH Online

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments