Friday 10 February 2017

Temui peninggalan arwah ayah ketika ubahsuai rumah

Pada kebiasaanya, barang peninggalan mereka yang dikasihi memberikan ketenangan kepada mereka yang masih hidup. Dengan adanya barang peninggalan, mereka yang telah pergi seolah-olah masih berada di samping kita.

Begitulah yang dirasakan oleh pemuda Ukraine ini. 23 tahun selepas pemergian arwah ayahnya, pemuda ini memutuskan untuk mengubahsuai rumah arwah ayahnya.

Selepas dia memecahkan dinding rumah lama itu, dia terpegun melihat kereta arwah ayahnya! Keunikan kereta ini terletak pada jenamanya – Mark II, sebuah kereta Jepun.

Rupa-rupanya, kereta ini merupakan kereta import yang dibeli oleh arwah ayahnya, Toyota Mark II rekaan 1984 dengan sejarah melebihi 30 tahun.

Oleh sebab arwah ayahnya sering tiada di rumah, kebimbangan akan kecurian keretanya membawa kepada tindakan drastik – menyembunyikan kereta tersebut di sebalik dinding bata.

Selepas arwah ayahnya meninggal, pemuda ini lupa akan kereta tersebut. Berlalulah 23 tahun.

Kini, Toyoto Mark X merupakan ‘waris’ model Mark II, kedua-duanya model Toyota yang amat membanggakan. Pada ketika itu (tahun 1990-an), Mark II merupakan kereta kegemaran orang ramai yang paling laris.

Walaupun kereta ini kini dilitupi debu dan sarang lelabah, dalaman kereta ini masih dalam keadaan yang baik.

Sungguhpun enjin kereta telahpun berkarat namun bahagian-bahagian lain masih baik keadaannya.

Tayar kereta turut merupakan buatan syarikat Jepun, Bridgestone, namun telah lama kehabisan gas.

Sesungguhnya, kereta ini menggamit pelbagai kenangan arwah ayah pemuda ini. Meskipun usang, selepas diservis, kereta ini masih boleh digunakan!

Rasanya penemuan ini boleh dikatakan takdir Tuhan, bukan? - Era Baru









    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments