Bogota (Colombia): Pemandu bas menahan pencuri dengan menyepitnya di antara pintu kenderaan itu menyebabkan kakinya terjuntai di luar sebelum membawanya ke balai polis.
Sebelum itu, lelaki berkenaan dipercayai mencuri telefon bimbit daripada seorang penumpang di dalam bas tersebut dan cuba melarikan diri.
Orang ramai di Villa Hermosa, Bogota yang tidak mengetahui cerita sebenar cuba melepaskan lelaki itu tetapi pemandu bas menghalang mereka dengan menggerakkan bas ke depan sebelum meneruskan perjalanan.
Pemandu bas juga melencong dari laluan yang dirancang dan membawa pencuri itu ke balai polis berhampiran.
Komandan polis daerah, Diego Vasquez berkata, pemandu itu menyokong kerja pihak polis.
“Dia menutup pintu dengan pantas supaya lelaki itu tidak berjaya mencuri sebaliknya terperangkap dalam bas,” katanya.
Namun, mangsa curi itu tidak membuat tuduhan dan polis terpaksa melepaskan suspek. – Agensi/HMetro
No comments:
Write comments