Tuesday, 21 February 2017

Lelaki dipercayai penagih dadah mati tergantung


KOTA KINABALU: Seorang lelaki dipercayai penagih dadah ditemui mati tergantung di kipas siling sebuah rumah di Kampung Cenderakasih, Likas, di sini, malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Relviss Alphonsus, 20, ditemui oleh ahli keluarganya dalam keadaan tidak bernyawa di rumah terbabit pada kira-kira jam 10 malam. 

Turut ditemui di tempat kejadian ialah segulung wayar elektrik dan peralatan menghisap dadah jenis syabu. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 10.10 malam tadi. 

"Siasatan awal juga mendapati mangsa sebelum ini pernah mendapat rawatan pemulihan dadah serta dipenjara selama enam bulan kerana kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952. 

"Setakat ini, punca kematian mangsa belum dikenal pasti. Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk dibedah disiasat," katanya. 

Tambah beliau, tiada unsur jenayah ditemui setakat ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BH online

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments