Monday 13 February 2017

Lelaki Berbadan Sasa Makan Macam Gergasi


LELAKI ini mempunyai badan idaman ramai dan tatkala mereka yang memiliki badan sepertinya menjaga diet dengan memakan ayam kukus atau brokoli sahaja, dia pula sebaliknya.


Malahan Blake Horton, yang berasal dari New Jersey ini, makan kira-kira 4,000 kalori sehari pada pukul 2 pagi setiap malam, meliputi hidangan pizza, burger dan makanan ringan yang lain.

Sesiapa yang melihat makanan yang dimakannya itu pasti akan terkejut.

Dia mengakui kegilaan terhadap makanan telah memberikan dia peluang untuk makan makanan mewah seperti yang diidamkan ketika zaman kanak-kanak dulu.

“Ia seperti kanan-kanak yang keseorangan di dalam dapur dan dibenarkan melakukan apa sahaja. Kebanyakan orang dewasa lupa untuk menikmati makanan yang enak,’’ katanya yang juga aktif di gim.


Blake sebelum ini adalah seorang yang gemuk namun dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 27kg pada usia 30 tahun dengan pengambilan makanan yang sedikit.

“Selepas memiliki badan idaman, kehidupan sosial saya hilang kerana tidak lagi keluar melepak dengan rakan-rakan kerana mahu menjaga badan.

“Saya masih ingat ketika berada di dapur pada suatu malam dan berfikir apa yang mahu dilakukan dengan otot ini?’’ katanya.

Dia kemudiannya mengamalkan diet `intermittent fasting’ iaitu diet di mana seseorang itu mengurangkan pengambilan makanan pada siang hari tetapi boleh makan umpama `giant’ pada waktu malam.

“Saya berjaya menyelamatkan pengambilan kalori dan kemudiannya mengambil kalori yang banyak pada satu masa.

“Ketika orang biasa makan tiga kali sehari, saya pula mengambil makanan yang penuh dengan khasiat pada satu hidangan sahaja,’’ katanya yang menikmati makanan dengan cara tersendiri. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments