BAKAT baharu kelahiran program realiti Lawak Solo musim pertama Fikry berkongsi pengalaman diganggu peminat lelaki yang menghantar mesej lucah kepadanya menerusi laman Instgram miliknya.
Fikry atau Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 23, mendedahkan hal itu kepada portal hiburan Astro Gempak.
Jelasnya, peminat lelaki itu cuba untuk mengajaknya melakukan hubungan seks.
Jejaka tampan ini yang terkejut dengan situasi baru dialaminya itu mengambil pendirian untuk tidak memberi sebarang respon kepada individu tersebut.
“Saya rasa terkejut kerana menerima direct message (DM) menerusi aplikasi Instagram dari seorang lelaki. Mesej tersebut merupakan mesej berbaur lucah dan mahu mengajak saya melakukan hubungan seks.
“Saya rasa takut dan gerun membaca mesej tersebut dan tak sangka menerima mesej yang tidak sepatutnya dari seorang peminat lelaki. Saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan sebarang respon dan membiarkan sahaja mesej tersebut,” jelasnya.
Dalam pada itu, Fikry turut mendedahkan rezekinya makin terbuka apabila ada menerima tawaran berlakon daripada produksi tempatan setelah kejayaannya menduduki tempat ketiga menerusi program realiti itu.
“Setakat ini, saya mendapatbeberapa tawaran untuk berlakon. Sebagai pendatang baru, saya mahu mencuba cabang lain dalam bidang hiburan.
“Saya bersyukur kerana selepas Lawak Solo, kerjaya seni saya semakin berkembang baik,” katanya.
Sebelum ini, pelakon Idris Khan dan dramatis Lydiawati juga pernah melalui nasib sama menerima mesej lucah daripada peminat mereka. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments