Sandakan: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sandakan menyiasat penyebaran gambar seorang tengah berbogel dan baring di tengah jalan raya di Batu 4, di sini, yang tular di media sosial, semalam.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, pihak sudah mengarahkan jabatan berbuat demikian.
Terdahulu, gambar bogel itu dikongsi oleh pengguna media sosial dipercayai berlaku berhadapan susur keluar dari Bandar Prima, dekat sini, tengah hari tadi.
Ia menyebabkan orang ramai meminta pihak berkuasa menyiasat perkara itu kerana membahayakan pengguna jalan raya.
Info tambahan daripada pihak Polis:
“Berkaitan viral kejadian org berbogel yang berlaku pada 03/02/2017 lebih kurang jam 12 tghr di Bandar Prima, Batu 4, Sandakan pihak Polis telah mengambil tindakan dan pada 03/02/2017 lebih kurang jam 2215 hrs seorang perempuan berumur 36 tahun, warga tempatan telah berjaya ditangkap di One Stop Kim Fung, Batu 4, Sandakan. Suspek dipercayai kurang siuman dan kemudian telah dihantar ke hospital D.O.K Sandakan untuk tindakan selanjut. Sekian terima kasih.” - Sayang Sabah
No comments:
Write comments