KUALA LUMPUR – Polis menolak keras dakwaan bahawa dua suspek wanita dalam pembunuhan abang Presiden Korea Utara, Kim Jong-nam hanya melakukan ‘prank’ terhadap lelaki tersebut.
Malah menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, kedua-dua wanita berkenaan mengetahui aksi spontan tersebut melibatkan penggunaan bahan dipercayai racun yang mampu membunuh manusia.
Beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini turut memaklumkan hasil siasat mendapati dua suspek tersebut, Siti Aisyah, 25, dan Doan thi Huong, 28, pernah menjalankan ‘latihan’ di pusat beli-belah Pavilion dan Suria KLCC.
Ia dilakukan sebagai persediaan sebelum mereka berdua perlu berdepan dengan situasi sebenar di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), Sepang, Selangor pada 13 Februari lalu.
“Kita percaya bahan cecair yang digunakan adalah toksik beracun dan sudah tentu mereka (kedua-dua suspek) tahu bahan tersebut berbahaya.
“Kita juga percaya kedua-dua suspek wanita itu telah bersedia dengan cecair di tangan mereka sebelum menyapu bahan toksik itu ke muka mangsa,” katanya .
Dalam pada itu, Khalid menjelaskan, khabar mengatakan anak mendiang Jong-nam iaitu Kim Han-sol tiba di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menyerahkan sampel DNA dan membuat pengecapan mayat hanyalah khabar angin adalah tidak benar.
No comments:
Write comments