Tuesday, 21 February 2017

Padah Cuba Mencuri, Wanita Dimalukan Di Khalayak


SEORANG wanita berusia 40 tahun menerima habuan di atas cubaan mencurinya apabila dimalukan di khalayak ramai selepas didakwa cuba mencuri skuter elektrik (e-scooter) di sebuah kejiranan di Sichuan, bandar Nanchong, China pada 15 Februari lalu.

Malangnya, cubaan suspek yang tidak didedahkan identitinya itu berjaya diketahui penduduk setempat lalu menghukumnya dengan mengikat tangannya dan menggantungkan plakad yang tertera ayat “Saya seorang pencuri” pada lehernya.

Foto suspek dimalukan di khalayak ramai itu kemudiannya menjadi sensasi di Internet selepas gambar wanita itu tersebar.


Insiden yang berlaku itu mendapat perhatian daripada pakar undang-undang negara itu yang menyifatkan perbuatan itu sebagai satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan keterlaluan.

Sememangnya wanita terbabit perlu dikenakan hukuman namun mereka tidak boleh menjatuhkan hukuman mengikut sesuka hati yang tidak mengikut undang-undang negara.

Terdahulu, seekor tikus turut menerima nasib yang sama seperti suspek wanita di atas apabila kantoi mencuri beras di sebuah kedai runcit di bandar Heyuan, wilayah Guangdong. Baca: Kesian… Gara-Gara Mencuri Beras Di China – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments