Sunday, 12 February 2017

“Kau Main Dia Atas Katil Kita” – Isteri Kecewa


HATI wanita mana yang tidak terluka jika suami yang kita cintai bermain kasih dengan perempuan lain.

Demikianlah yang dialami seorang wanita bernama Nurul Hidayu yang mendakwa menanggung rasa kecewa dan pedih apabila suaminya yang dinikahi hampir lima tahun lalu berlaku curang terhadapnya.

Apa yang mengejutkan, gadis yang digila-gilakan suaminya hanyalah seorang remaja yang masih bersekolah di tingkatan tiga, dakwa wanita berkenaan.


Akibat tidak tahan lagi menanggung kesedihan yang dialami, Hidayu bertindak meluahkan coretan kecewa mengenai kecurangan suaminya di laman Facebook.

Kisah kecurangan suaminya ini lantas menjadi viral di laman sosial sehingga dikongsi lebih 18,000 netizen ketika berita ini ditulis dan ia terus dikongsi bagaikan api yang sedang marak.


Menerusi luahan wanita ini, dia mendakwa suaminya sememangnya kaki perempuan namun dia memberi peluang demi peluang kerana mengharapkan suatu hari nanti insan yang dicintainya itu berubah.

Bagaimanapun, setelah mereka dikurniakan seorang cahaya mata, suaminya masih lagi tidak bertaubat hinggakan tergamak melakukan seks bersama remaja tingkatan tiga itu di rumah mereka ketika dia sedang berpantang.

“Aku dalam pantang, kau bawa balik perempuan ni kat rumah kita, kau main dia atas katil kau dengan aku. Kau ada kan semuanya untuk dia. Sedangkan selama ini, aku yang menanggung kau. Kau tak bagi aku nafkah, kau tak beli susu pampers anak. Tapi kau bole belikan perempuan kau iPhone, shopping & everything.

“Kau sanggup buang aku dan anak. Kau hancurkan perkahwinan kau hanya untuk budak sekolah form 3. Kau lebih pilih dia daripada hubungan yang dah 8 tahun kita bina,” tulisnya.

Dalam pada itu, dia akui bersyukur kerana Allah S.W.T telah memberikannya petunjuk dan bukti terhadap kecurangan suaminya itu.

Diharap, Hidayu terus tabah mengharungi ujian yang menimpanya ini agar dia dapat terus kuat untuk menjaga anaknya, Haq.

Dan mungkin suaminya tidak sedar mengadakan hubungan seks dengan remaja bawah umur walaupun atas kerelaan ditafsir sebagai rogol dalam perundangan Malaysia.

Ada peluang bermalam di penjara bertahun-tahun dan disebat cik abang oii. – MYNEWSHUB.CC


    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments