WARGA Singapura tengah hari semalam, disajikan dengan keindahan fenomena pembentukan pelangi luar biasa ala ‘Paddle Pop’ yang dikenali sebagai ‘Pelangi Api’.
Pembentukan pelangi api yang jarang terjadi itu lantas menarik perhatian ramai yang tidak ketinggalan merakamkan gambar dan memuat naik keindahan alam itu di laman sosial.
Dipetik Media Corp, seorang saksi yang menyaksikan kejadian itu memberitahu pelangi itu kelihatan seperti ikan lumba-lumba.
Dia melihat pelangi itu ketika berada di berada pusat beli-belah Seletar Mall.
Menurut Facebook Agensi Sekitaran Kebangsaan Singapura (NEA) pada April lalu, pelangi api adalah satu fenomena yang juga dikenali sebagai lengkok lilitan melintang, menurut satu catatan Facebook Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada April lalu.
“Ia sebenarnya halo-halo ais terbentuk hasil pembiasan cahaya matahari (atau ada kalanya cahaya bulan) di kristal ais berbentuk seperti piring yang tergantung di atmosfera,” jelas NEA.
Antara tempat yang berlaku fenomena ini adalah di Carolina Selatan, Amerika Syarikat. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments