Tuesday, 21 February 2017

Baju ‘Pembunuh’ Jong-nam Cetus Inspirasi Designer


BAJU putih ‘LOL’ yang dipakai oleh suspek kes pembunuhan lelaki Korea, Kim Jong-nam, telah memberi ilham kepada seorang pereka fesyen di Amerika Syarikat untuk menghasilkan baju-T.

Pereka fesyen yang hanya dikenali sebagai Joel mengatakan pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh pemimpin Korea Utara memberi semangat kepadanya untuk menghasilkan baju-T dengan tema tulisan berkenaan.

Joel memberitahu Reuters pada Ahad, “Saya rasa dia (suspek) kelihatan sangat bergaya. Saya gemar mencari fesyen yang memiliki nilai berita atau yang mudah menarik perhatian.”

Joel berkata, dia menjual baju-T LOL ciptaannya berharga AS$35 (RM150) sehelai dan mengakui jualan baju tersebut masih rendah.

Namun Joel mendakwa baju-T tersebut akan laris kerana ia boleh dijadikan simbolik penentang rejim Korea Utara.

Menurut kamus Oxford, ungkapan LOL wujud pada era 1980 yang bermaksud “laughing out loud” atau bermaksud gelak terbahak-bahak.

Di Internet, akronim LOL digunakan di ruangan sembang di media sosial bagi menandakan netizen terdetik rasa humor atau merasakan ada ‘sesuatu’ yang lucu sedang dibicarakan.

Mengambil maksud awal LOL tadi, sejauh manakah ia berkaitan dengan dakwaan suspek bahawa dia diupah untuk berlakon adegan berbentuk ‘prank’ mengenakan seseorang di lapangan terbang? LOL.. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments