Wednesday 20 September 2017

3 Kakitangan Perubatan Digantung, Rakam Alat Sulit


TIGA kakitangan hospital di Pennsylvania telah digantung tugas selepas 15 orang berhimpit-himpit masuk ke dalam bilik pembedahan bagi merakamkan gambar seorang pesakit yang mengalami keadaan di mana ada benda tersumbat di dalam alat sulitnya.

Keadaan itu menyebabkan kekecohan dalam bilik bedah.

“Saya sedang merawat pesakit dan pada satu ketika, orang terlalu ramai di dalam bilik bedah, macam pasukan sorak,” kata pakar bedah di UPMC Bedford Memorial Hospital itu.

Perkara itu yang berlaku pada 23 Disember lalu, bermula apabila seorang pesakit tiba di hospital untuk mengeluarkan objek asing dari alat sulitnya.

Meskipun objek asing itu tidak dijelaskan namun peralatan yang digunakan oleh doktor telah mengeluarkan percikan api hingga menyebabkan doktor terpaksa memakai pelindung mata.

Perkara itu kemudiannya tersebar di dalam hospital hinggakan kakitangan hospital itu mengerumuni pesakit untuk melihat apa yang berlaku.

Mereka kemudiannya beratur untuk merakamkan gambar dan tidak meminta kebenaran daripada pesakit untuk merakamkan gambar itu apatah lagi ia melibatkan bahagian sulitnya.

Malangnya gambar itu menjadi viral. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments