Saturday 30 September 2017

Bakal Dipenjara Kerana Tinggal Anak Demi Bercuti


IOWA – Seorang ibu berdepan hukuman penjara kerana meninggalkan empat orang anaknya di rumah tanpa penjagaan semata-mata untuk bercuti ke Eropah selama 11 hari, kata pihak berkuasa.

Jurucakap polis bandar Johnson berkata, Erin Lee Macke, 30, meninggalkan rumahnya untuk melancong ke pinggir bandar Des Moines, Jerman pada 20 September lalu tanpa mengarahkan sesiapa untuk menjaga anaknya.

Menurut media Amerika Syarikat, semua anak-anaknya itu berusia 12 tahun hingga 7 tahun dan mereka mempunyai akses kepada pistol di dalam rumah terbabit.

Pada 21 September lalu, polis melakukan pemeriksaan sosial dan menjumpai semua kanak-kanak terbabit ditinggalkan tanpa pengawasan di dalam rumah mereka.

Susulan itu mereka membuat laporan kepada perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dan menghubungi Macke di Jerman dan mengarahkannya untuk segera pulang.

Macke terpaksa memendekkan percutiannya yang pada mula bercadang untuk pulang pada 1 Oktober.

Ibu malang itu berdepan dua pertuduhan kerana meninggalkan anak tanpa pengawasan dan jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara dua tahun atau setahun dan denda antara AS$625 (RM2,639.19) dan AS$6,250 (RM26,391.87).

Bagi kesalahan meninggalkan senjata bersama-kanak dia boleh dihukum penjara setahun dan denda antara AS$315 (RM1330.15) dan AS$1,875 (RM7,917.56).

Hakim mengarahkan Macke tidak menghubungi anak-anaknya yang kini dalam jagaan Jabatan Perkhidmatan Penjagaan Manusia dan sebutan kesnya akan dibuat pada 9 Oktober depan. – Reuters/BH ONLINE

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments