Saturday 23 September 2017

Iklan Viral: Nak Jual Vape Ke Jual Amoi?


BERMACAM-macam cara marketing produk boleh kita jumpa zaman sekarang ni, malah ada iklan yang bagaikan tiada kena mengena pun dan cara penyampaian itu tidak sampai kepada penonton.

Minggu ini, kecoh apabila ada satu iklan berunsur 18SX yang menunjukkan seorang wanita bertatu dan berbikini seakan-akan mahu menayangkan bentuk seksi tubuh badannya yang ‘cantik’.

Apabila sekali lihat, pasti kita akan anggap bahawa ia merupakan iklan mempromosikan pakaian dalam wanita! Mana tidaknya kalau dah berpakaian bikini, mesti lah nak promote baju dalam.

Iklan ini bagaikan sudah mencapai taraf antarabangsa apabila model perempuan itu dengan selamba membuat aksi menggiurkan. Uihh, promote apa sebenarnya ni?


Video yang berdurasi selama seminit itu dikatakan telah dirakam di sebuah pusat peranginan sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan. Ada juga yang mengatakan bahawa wanita tersebut bukan warga tempatan.

Namun, pada saat ke-36, barulah wanita tersebut memegang vape atau lebih jelas lagi tujuan iklan ini sebenarnya ialah bagi mempromosikan perisa rokok elektronik tersebut.

Jelas kelihatan di botol vape itu terpampang perisa yang diberi nama ‘Sex Bomb’. Amboi nama perisa taknak kalah!

Ramai netizen tidak berpuas hati dengan cara penyampaian iklan tersebut. Mujur tidak dimasukkan ke dalam televisyen. Kalau tidak, habis kena kecam dengan satu Malaysia!

Iklan ini dikatakan seakan-akan mengeksploitasikan tubuh wanita bagi melariskan jualan produk vape tersebut.

Seorang lelaki yang dikatakan sebagai peniaga rokok elektronik, Mohd. Azmir Mohd. Isa menegaskan bahawa iklan yang tular ini dikatakan bakal menjejaskan industri vape di Malaysia.

“Isu vape masih belum selesai terutama dari segi kawal selia, sekarang ada pula isu iklan vape yang seperti gaya filem porno.

“Jika terus dibiarkan, ia hanya memberi gambaran yang kurang baik terhadap produk vape yang kami jual,” katanya kepada mStar Online.

Terdapat juga beberapa netizen yang mengatakan bahawa video itu sekadar strategi pemasaran supaya video ini akan menjadi viral dan jualan produk itu akan laris.

Namun, gerakan dalam talian bagi komuniti vape, Malaysia Organization of Vape Entity(MOVE) membantah keras penyiaran iklan itu dan menyifatkan ia sangat tidak sesuai jika dipasarkan di negara ini.

Presidennya, Samsul Kamal Ariffin berkata, jika dilihat pada demografik yang telah dibuat oleh gerakan itu, majoriti pengguna vape di negara ini adalah golongan Melayu yang berusia antara 24 hingga 45 tahun.

“Iklan itu hanya akan menunjukkan persepsi negatif terhadap pengguna vape di negara ini, yang dikaitkan dengan wanita separuh bogel, walhal objektif vape sebagai alternatif untuk perokok berhenti merokok,” katanya dipetik portal mStar online.

Oleh itu, gerakan tersebut telah meminta supaya pihak kerajaan dapat mengawal selia hal yang berkaitan vape dengan menetapkan garis panduan tertentu.

Apa pula kata anda? Adalah video iklan itu sesuai jika diiklankan secara komersial di negara kita? Tidakkah anda rasa bahawa iklan yang dihasilkan ini bakal undang perkara negatif? – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments