Saturday 30 September 2017

Aeril, Wawa Kena Kecam Tunjuk Gaya Lucah?


SIAPA tidak kenal dengan pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini? Apa yang dilakukan pasangan ini, pasti mendapat pujian melambung netizen.

Bagaimanapun, baru-baru pasangan yang popular menerusi filem 7 Petala Cinta itu dilihat menerima kecaman teruk daripada netizen.

Ehhh… Kenapa pula tu???

Beberapa hari lepas, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin memuat naik satu foto di laman Instagram memaparkan dia bersama suaminya dilihat meniru gaya dua orang usahawan kosmetik terkenal tanah air.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah disalah erti oleh peminat yang beranggapan isyarat tersebut tidak sesuai kerana ia seolah meniru gaya lucah.

Gambar yang menerima lebih daripada 36,000 likes di laman sosial itu dihujani dengan pelbagai reaksi daripada peminat.



Rata-rata antara mereka mengecam tindakan pasangan ini dengan mendakwa simbol tangan yang dilakukan Aeril mempunyai maksud lucah yang dikatakan menyerupai alat sulit wanita.

Hmmm… Siapa sangka niat bergurau boleh disalah erti?

Apa-apa pun diharap pasangan ini dapat menerima kritikan orang ramai itu dengan hati yang terbuka lah ya.– MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments