Wednesday 27 September 2017

Khloe Kardashian Pun Mengandung Juga


AHAD lalu, dunia hiburan antarabangsa digemparkan dengan berita kehamilan si bongsu keluarga Kardashian, Kylie Jenner yang baru berusia 20 tahun.

Pagi ini, peminat mereka sekali lagi menerima kejutan daripada keluarga bintang siri realiti Keeping Up With The Kardashians itu apabila Khloe Kardashian,32, mengumumkan bahawa dia juga sedang hamil anak pertama!

Khloe yang kini berpacaran dengan pemain bola keranjang NBA Tristan Thompson, baru sahaja menjalin hubungan selama setahun sebelum kedua-duanya mendapati mereka bakal menjadi ibu dan bapa kepada seorang bayi.


Pasangan itu bakal menyambut kelahiran bayi mereka pada Februari tahun hadapan dan kandungan Khloe baru sahaja mencecah usia 3 bulan, lapor TMZ.

Ini bermakna, tahun 2018 bakal menyaksikan 3 orang daripada keluarga Kardashian menimang cahaya mata iaitu Kim, Kylie dan Khloe. Fuh, meriah! – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments