Saturday 23 September 2017

Video Fattah ‘Cium’ Janna, Tersebar Di Instagram?


RAMAI yang sedia maklum akan penglibatan pelakon, Fattah Amin dan Janna Nick sebagai pasangan gandingan dalam drama terbaharu arahan sutradara terkenal, Michael Ang.

Belum lagi ditayangkan, nampaknya pasangan pelakon ini sudah mencetuskan kontroversi ‘panas’. Hmmmm… Apa kes tu?

Baru-baru ini, Janna dan Fattah menerima hentaman teruk daripada orang ramai gara-gara pelakon baharu, Fara Mendoza telah memuat naik satu video menerusi aplikasi insta story.

Ia memaparkan aksi pasangan berkenaan sedang ‘bercium’.


Difahamkan, perkara tersebut sebenarnya hanyalah sekadar lakonan salah satu babak dalam drama berkenaan. Versi asal drama ini dilakonkan oleh Gong Yoo, Yoon Eun-hye, Lee Sun-kyun dan Chae Jung-an.

Walaupun dikatakan tidak berlaku sebarang sentuhan antara kedua-dua pelakon namun netizen berpendapat adegan seperti itu tidak patut dilakukan.

Hal ini kerana, mereka menganggap ianya boleh mendorong kepada perbuatan maksiat terutama dalam kalangan remaja.

Video tersebut sekali lagi dihentam teruk apabila telah diulang siar (repost) oleh salah seorang pengguna yang dikenali dengan nama @fatt4stictv80xds.

Video yang menerima lebih daripada 20,000 tontonan sehingga kini dilihat mendapat komen yang pelbagai daripada para netizen.

Rata-rata antara mereka mengecam teruk pasangan itu kerana menganggap adegan seperti itu tidak bersesuaian dengan budaya dan agama di negara ini.




Bagaimanapun, terdapat juga peminat Fattah yang setia mempertahankan tindakan pelakon kesayangan mereka itu.

Mereka meminta agar perkara itu tidak diperbesarkan kerana ia hanyalah lakonan semata dan Fattah dilihat sama sekali tidak menyentuh Janna.

“Tenang, orang lain boleh buat, siap laga-laga hidung bagai kenapa Fattah tak boleh?”soal @rositaheta.

“Saya hormat dia kerana berani melakukan adegan itu walaupun akan ramai mengkritik nya selepas ini. Kita semua pun tahu ini semua permainan kamera sahaja kan,” ujar @my.Charmander.

“Kali pertama tengok Fattah buat babak berani ni. Good job Fattah! Macam betul gaya cium Janna tu,” komen @sylviaanthony7780.

Coffee Prince dijangka ditayangkan di Astro Ria pada November depan turut menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad dan ramai lagi. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments