Monday 25 September 2017

Kerana Awet Muda, Penyanyi Disangka Guna Pasport Palsu


PENYANYI, Natalia Dzenkiv tidak menyangka rupanya yang kelihatan awet muda itu telah memberikan masalah kepadanya apabila pihak berkuasa menganggap dia menggunakan passport palsu.

Kejadian berlaku ketika dia baru sampai di Ukraine dari Turki. Sebaik kapal terbang mendarat, pihak berkuasa menuduhnya menggunakan passport orang lain disebabkan muka dengan umurnya tidak sepadan.

Natalia berusia 41 tahun namun dia disangka berusia 20 tahun dan menggunakan passport wanita yang lebih tua daripadanya.


Natalia, yang dikenali sebagai Lama, berkata, dia ketawa apabila mengetahui punca utama dia ditahan oleh Imigresen.

“Saya selalu mendapat pujian tetapi saya tidak menyangka ia menjadi punca saya ditahan,” katanya.

Nasib baik ada peminatnya yang datang menyelamatkan Natalia dan memberitahu dia Natalia sebenarnya. Mereka turut mengambil kesempatan untuk bergambar dengannya.

Natalia kemudiannya dilepaskan. Natalia seorang vegetarian dan hanya makan buah-buahan serta sayur-sayuran sahaja. Keadaan itu menyumbang kepada wajah awet mudanya. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments