Saturday 30 September 2017

Pelanggan Mengamuk, Dispatch Lazada Biadab?


TIDAK dinafikan, pembelian secara online ini sememangnya dapat menjimatkan masa dan tenaga. Tapi, pernah tak anda mengalami masalah ketika proses penghantaran parcel tersebut?

Baru-baru ini terjadi satu insiden yang mengejutkan apabila seorang pelanggan barangan online, Lazada, diatakan telah dikasari oleh seorang wanita yang merupakan penghantar pesanan syarikat tersebut.

Pelanggan yang dimaksudkan bernama Kaarmini Vasu dan dia telah menceritakan kejadian itu menerusi akaun Facebook miliknya. Namun, posting itu telah dipadam pagi tadi.

Katanya punca pertelingkahan itu adalah kerana Kaarmini turun ke pondok pengawal rumahnya sedikit lewat untuk mengambil barangan tersebut.

“Saya terima satu SMS dari penghantar pesanan yang memaklumkan seorang wanita telah hantar barang milik saya ke dalam kotak pos dan dia mahu saya hantar nombor kad pengenalan melalui SMS,” tulisnya.

Katanya lagi, penghantar tersebut kelihatan gelisah apabila dimaklumkan bahawa Kaarmini akan memberi nombor kad pengenalannya selepas barangan itu diambil.

Tetapi, wanita tersebut telah memaksa dia untuk memberikan nombor kad pengenalan menerusi SMS, jika tidak dia akan membawa semula barangan itu ke pejabat.




Dalam SMS tersebut, telah berlaku pergaduhan kecil antara mereka berdua apabila penghantar wanita tersebut terus menerus menghantar SMS memaksa Kaarmini untuk segera turun ke pondok pengawal rumahnya.

“Bila saya sampai di pondok pengawal, dia nampak tak gembira. Dan bila saya tanya kenapa dia tak boleh menunggu saya sekejap kerana saya perlukan masa untuk turun ke bawah.

“Dia terus jerit dan cakap, ‘Saya tak ada masa dan saya kena pergi ke banyak tempat lagi.’ Dia juga menolak saya di bahu untuk menunjukkan rasa kecewanya pada saya,” jelasnya.

Kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan, Kaarmini bercadang untuk melaporkan kejadian itu kepada pihak Lazada sendiri.

Wanita tersebut menafikan bahawa dia ada menolak bahu Kaarmini. Dia juga turut kelihatan agak berani mempertahankan dirinya walaupun Kaarmini agak agresif dengan merakam kejadian itu.

Namun, jika dilihatkan siapa sebenarnya yang salah? Penghantar atau pelanggan?

Dua-dua yang bersalah sebenarnya dalam hal ini.

Salah Kaarmini sendiri kerana dia tidak turun dengan cepat dan tidak alert dengan tarikh postage yang diberikan. Dia juga seperti tidak memahami tugas seorang penghantar barang yang semestinya dia mempunyai banyak lagi barang yang perlu dihantar tepat pada masanya. Bukan seorang dua je yang beli.

Jika dilihat pada sudut lain pula, ada silapnya juga pada wanita penghantar barang itu. Bahasanya di dalam SMS itu agak kasar dan biadap.

Tetapi, jangan terlalu awal untuk membuat andaian ya. Kita cuma hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak sahaja. Sedangkan kita tidak tahu apa yang menyebabkan wanita itu tersangat marah sehingga begitu sekali.




Video itu kelihatan agak tergantung dan tidak lengkap. Jadi kita tidak boleh membuat apa-apa andaian sama sekali.

Ada juga netizen yang membela wanita penghantar barangan itu dan ada juga yang menyalahkan syarikat Lazada sendiri.

Apa pun, pastikan anda tahu bilakah tarikh penghantaran barangan anda akan sampai. Jangan jadi macam ni. Sikit-sikit nak record, kemudian viral bagi satu Malasyai tengok. Siapa yang salah pun tak tahu - MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments