Monday 25 September 2017

Video: Aduh… Diseret ‘Abang Panjang’


TULAR di media sosial, sebuah kereta pacuan empat roda (4WD) mengalami calar dan rosak di bahagian kanan selepas digesel treler panjang yang melalui jalan tersebut.

Menerusi rakaman berdurasi 40 saat, treler berkenaan dilihat melalui jalan dua lorong di mana kedua-dua bahu jalan berkenaan telah dipenuhi dengan kenderaan yang parkir secara haram di atas garisan kuning.

Perkara tersebut membuatkan ruang jalan berkenaan menjadi sempit dan hanya boleh dilalui pada bahagian tengah.

Keadaan itu menimbulkan masalah pada pemandu treler berkenaan yang tidak dapat melepas jalan tersebut.

Tiada pilihan lain, pemandu treler berkenaan dilihat ‘terpaksa’ meneruskan juga pemanduannya menyebabkan kereta pacuan empat roda itu bergeser secara kasar sehingga membuatkan tayar hadapannya menjadi pancit.


Video kejadian terbabit tidak dinyatakan masa dan lokasinya namun kebarangkalian ia mungkin berlaku di sekitar kawasan ibu negara.

Di media sosial pula, netizen memberikan pelbagai reaksi yang berbeza, namun rata-rata menyalahkan pemilik kenderaan yang meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya.

Ada netizen yang mempersoalkan mengapa pemandu lori berkenaan mengambil ruang yang terlalu dekat dengan kereta tersebut berbanding di ruang sebelah kanan yang nyata masih luas.

“Memang lori nampak ada ruang lebih belah kiri ata kanan, tetapi ekor lori tu tak semestinya tegak, aku bawak treler aku tahu lah. 

“Lagi satu sebab memang kepala lori tu lepas tapi yang belakang tu tak semestinya lepas,” kata Fareez Asyraff.

Semoga video kejadian ini menjadi pengajaran kepada individu yang suka meletakkan kenderaan di zon atau tempat-tempat larangan. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments