Monday 25 September 2017

Singapura Beri Pelancong China Buku Peraturan


SINGAPURA – Ketibaan pelancong China di Lapangan Terbang Changi pada Jumaat lalu telah disambut oleh pegawai-pegawai kedutaan negara tersebut – beserta panduan peraturan di Singapura.

Staf kedutaan menunggu di Terminal 3 untuk menyerahkan sebuah buku yang disediakan khusus untuk pelancong dari China yang mengandungi peraturan-peraturan di republik tersebut.

Buku panduan itu mempunyai 30 mukasurat keseluruhannya dan diberi percuma.

“Sila beri tips yang setimpal atas ‘susah payah’ pembantu hotel yang menolong mengangkat bagasi ke bilik anda,” merupakan salah satu daripada peraturannya, termasuklah peringatan bahawa tip tersebut perlu dibayar secara tunai oleh kerana warga China sudah terlalu biasa membayar segalanya menggunakan telefon bimbit mereka.

Lebih 1.5 juta pengunjung tiba ke Singapura daripada Tanah Besar China dalam suku pertama tahun ini, kata Fang Xinwen yang merupakan diplomat kedutaan China, dalam ucapannya ketika pelancaran buku risalah itu di Changi.

“Namun dengan bilangan pelancong China yang semakin ramai ke kota singa itu dan isu keselamatan peribadi telah timbul dari masa ke semasa,” jelas Fang lagi dalam laman web kedutaan.

Bagaimanapun, Fang tidak menjelaskan apakah ‘masalah’ yang timbul itu.

Dalam buku panduan tersebut, antara peraturan yang perlu diikuti pelancong China semasa di Singapura adalah:

1. Dilarang membawa keluar selimut dan jaket yang disediakan syarikat penerbangan.

2. Dilarang mengugut atau melakukan kekerasan dalam penerbangan;

3. Dilarang membawa durian ke dalam pengangkutan awam.

Pelancong China merupakan penyumbang terbesar dalam industri pelancongan Singapura dengan nilai aliran masuk tunai berjumlah USD3.5 bilion tahun lalu, majoriti daripada nilai itu adalah daripada aktiviti membeli-belah. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments