Friday 29 September 2017

Hugh Hefner Playboy Meninggal Dunia


LOS ANGELES – Hugh Hefner yang merupakan pengasas majalah lucah Playboy dilaporkan telah meninggal dunia semalam, waktu Amerika Syarikat.

Hefner yang berusia 91 tahun, meninggal dunia di rumah agamnya yang diberi nama Playboy Mansion di Beverly Hills, California akibat sakit tua, menurut Playboy Enterprises Inc.

Hefner atau nama sebenarnya Hugh Marston Hefner, dilahirkan di Chicago pada 9 April 1926 dan merupakan anak kepada dua orang guru yang mempunyai pegangan agama yang kuat.

Selepas menamatkan perkhidmatannya di dalam ketenteraan AS sebagai penulis, beliau telah menerima ijazah sarjana muda dalam bidang psikologi sebelum meneruskan kariernya sebagai seorang copywriter untuk majalah Esquire.

Hefner memulakan penerbitan majalah Playboy pada tahun 1953 ketika berusia 27 tahun dengan wang yang dipinjam sebanyak $8,000.

MajalAh itu mula mendapat perhatian apabila Hefner dengan beraninya menerbitkan gambar-gambar bogel Marilyn Monroe yang dibelinya pada harga $200. Gambar-gambar itu diambil semasa Marilyn menjadi model untuk kalendar tahun 1949.

Hefner meninggalkan seorang balu, Crystal Harris yang dikahwininya pada tahun 2012 dan empat orang anak iaitu Cooper Hefner, Christie Hefner, Marston Hefner, dan David Hefner.

Crystal merupakan bekas model Playboy yang baru berusia 26 tahun ketika mengahwini Hefner–dengan jarak umur 60 tahun antara mereka. - MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments