Friday 29 September 2017

Sajat Dah Ready, Majlis Kahwin Tahun Depan


FUHH… Nampaknya tertutuplah peluang bagi semua jejaka yang berniat untuk menyunting hati pengasas kosmetik terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Ini kerana, dengar khabarnya Sajat dah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Betul ke?

Kami pasti, jika anda pengikut setia Sajat di laman Instagramnya, pasti anda sudah tahu yang kini Sajat tengah hangat bercinta dengan jejaka sado bernama Coach Yin.

Coach Yin ni sebenarnya merupakan seorang jurulatih kecergasan di pusat gimnasium dan juga mengusahakan perniagaan atas taliannya sendiri menjual produk-produk kecergasan.


Sejak akhir-akhir ini, selalu juga Sajat up gambar mereka bersama, namun tidak diketahui hubungan cinta mereka sudah bersemi sejak bila.

Coach Yin juga kelihatan amat selesa dengan pengusaha kosmetik itu, malah dia juga tidak segan-silu menunjukkan kemesraan mereka di Instagram.

Oleh kerana itulah, Sajat semakin bersedia untuk memikirkan mengenai persiapan perkahwinannya yang dikatakan bakal berlangsung pada hujung tahun hadapan.

Tapi biasalah kalau orang business ni, mesti ada target yang perlu dicapai terlebih dahulu kan.

“Sajat pun bukan tua, masih muda lagi. Jadi sekarang nak fokus pada bisnes dulu. Dalam bisnes ini, kita tak boleh fokus pada satu-satu bisnes sahaja.

“Lagipun Sajat masih ada sasaran yang belum dicapai. Tunggulah hujung tahun depan, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ajelah,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Mungkin ada sesetengah selebriti akan merahsiakan mengenai hubungan cinta mereka, namun bagi Sajat, dia lebih bersikap terbuka untuk berkongsi kepada umum. Bagus Sajat… Tak berahsia langsung dengan peminat!

“Sajat akui sudah berpunya cuma soal teman hidup Sajat letakkan di tempat ketiga. Bagi Sajat bisnes dan keluarga lebih penting ketika ini dan pasangan hidup ibarat persinggahan,” tambahnya lagi.


Sementara itu, satu lagi ‘kumbang’ yang mendambakan cinta Sajat iaitu Ayahanda Rani Kulup yang merupakan Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), dikatakan berkenan dengan Sajat.

Amboi Rani Kulup ni, haritu dah kena tolak dengan DSV. Sekarang, Sajat pula yang dicari!

Bagi Sajat, Rani Kulup yang dikenali sebagai ‘Raja Report Malaysia’ itu hanya cuba untuk mencari publisiti murahan apabila dia sering ingin mengaitkan namanya dengan golongan terkenal seperti Sajat dan DSV.

“Video itu sangat lawak. Sajat tak kenal pun siapa dia tapi yang pasti dia sengaja mencari publisiti murahan dengan cuba mengaitkan dirinya dengan orang seperti Sajat dan Datuk Vida.

“Sajat rasa dia kurang kasih sayang sebab itu dia cuba melamar kami yang sentiasa mendapat perhatian masyarakat. Tak perlu kot dia nak melamar lagipun Sajat dah berpunya,” katanya pada sesi temu bual tersebut.

Mesti ramai yang dah tak sabar tunggu majlis perkahwinan Sajat kan? Tak pe, nanti tunggu saja pengumuman daripada Sajat ya.Doa yang baik-baik je okay. Apa pun, #JanganMengata! – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments