Saturday 30 September 2017

Jam Menara Big Ben Rosak, Kos Baiki RM345 Juta


KALAU di Paris, Eiffel Tower menjadi bukti cinta setiap pasangan yang ke sana, tapi jika di London, Menara Big Ben akan menjadi lokasi wajib untuk dikunjungi.

Tapi tahukan anda berapakah kos yang dikeluarkan jika menara jam itu rosak?

Kos pembaikan yang mahal sehingga mencecah £61 juta (RM345 juta) itu telah menimbulkan kontroversi kerana jika ia tidak dibaiki, loceng Big Ben bakal senyap selama empat tahun!

Namun menurut Mail Online, peningkatan itu merupakan sekali ganda dan menyebabkan kerja-kerja pembaikan oleh pasukan jurutera menjadi sukar.


Kos yang sebelum ini berharga £29 juta (RM164 juta) telah mencetuskan kontroversi dan kritikan serta keraguan mengenai anggaran yang cecah berbilion pound bagi mengubah suai bahagian lain bangunan Parlimen di sana.

Sebagai syarikat kontraktor yang dilantik bagi projek pembaikan itu, Sir Ropert McAlpine Special Projects Division Ltd menganggarkan kos itu merupakan hasil kajian terperinci selama 16 bulan.

Ia termasuk projek membabitkan perancah yang telah dibina di menara setinggi 96 meter itu. Banyak tugasan yang mencabar serta akan ada keadaan buruk berlaku pada kawasan di bawah sekitar menara tersebut.

Walaupun kos pembaikan memakan belanja tinggi, namun terdapat beberapa ahli Parlimen yang bertanggungjawab terhadap projek itu mendedahkan mengenai sebab kemarahan mereka terhadap kos berkenaan.

Sejak berbulan-bulan lagi, kerja-kerja telah dijalankan bagi proses pengubahsuaian bangunan yang turut dikenali sebagai Menara Elizabeth itu.

Ia termasuk pembaikan di menara itu dan jam yang dikenali sebagai Great Clock Big Ben. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments