KUALA LUMPUR – Gara-gara mengunci tayar sebuah kereta, seorang pekerja parkir bertingkat Hospital Kuala Lumpur (HKL) cedera dibelasah 10 lelaki termasuk pemiliknya di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa dikatakan telah mengunci kenderaan milik suspek iaitu Perodua Axia selepas didapati sengaja menghalang kenderaan lain untuk keluar.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, mangsa membuat tindakan itu atas arahan Syarikat Bumitech Sdn. Bhd., yang mengurus tempat letak kereta berkenaan.
Bagaimanapun, selepas satu jam mengunci kenderaan tersebut, pemilik kereta dan rakannya seramai 10 orang datang berjumpa sendiri dengan mangsa sebelum membelasahnya.
“Mangsa mengalami kecederaan di kepala, muka, kaki dan tangan akibat kejadian itu serta masih menerima rawatan.
“Hasil siasatan awal, kami dapat mengesan seorang saspek dan dia menyerah diri pada 2 petang hari ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments