Saturday, 18 March 2017

Masih Ingat Pasangan Ini? Nenek Ini Bunting Pelamin!

MASIH ingat lagikah anda kisah tular seorang pemuda berusia 28 tahun dari Pulau Mantehage, Minahasa Utara, Indonesia yang telah berkahwin dengan nenek berusia 82 tahun, bulan lalu.

Ini berita mengejutkan bercampur gembira kerana khabarnya nenek yang bernama Martha Potu telah disahkan hamil.

Berita ini dikongsi oleh seorang netizen bernama Revol Stenly Tumbel.

“Masih ingat… Oma Martha 82 tahun menikah dengan sofian 28 tahun, yang heboh di viral media, termasuk di beberapa TV swasta yang langsung di wawancarai. Sekarang Oma Martha 82 tahun… Sudah Hamil…yessss,” tulisnya.

Posting lelaki itu ternyata mengejutkan alam maya hingga mendapat perhatian meluas media-media Indnesia.

Beserta perkongsian berita gembira itu, Revol turut memuat naik gambar-gambar Martha sedang terbaring sambil diperiksa doktor.



Sementara itu, rata-rata netizen melahirkan rasa tidak percaya mereka terhadap berita itu memandangkan usia Martha yang sepatutnya sudah mengalami peringkat menopause.

“Tak percaya… kecuali nanti bersalin secara siaran langsung di TV,” tulis Lili Djan.

” Ha????? Berarti oma blum manopause??” tulis Mary Tiara Rara.

Dalam pada itu, beberapa netizen turut menzahirkan kerisauan terhadap Martha memandangkan risiko untuk bersalin pada usia itu terlalu tinggi.

Apa pun, kita tidak boleh menolak kuasa dan ketentuan Tuhan bukan?

Mengimbas kembali detik perkenalan mereka, Martha mula mengenali Sofian Loho Dandel menerusi telefon bimbit apabila tersalah menghubungi nombor pemuda itu.

Mereka kemudian berhubung selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa kerana telah jatuh cinta.

Bagaimanapun, alangkah terkejutnya Sofian, wanita yang dicintainya itu rupa-rupanya seorang nenek.

Namun, kerana perasaan cinta yang tidak berbelah bagi, Sofian nekad memperisterikan Martha.

Pasangan ini turut membahasakan diri mereka sebagai ‘mami-papi’. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments