Tuesday, 21 February 2017

Surat Jujur Buatkan Lelaki Ini Tak Jadi Minta Ganti Rugi


BUKAN mudah nak jumpa orang yang jujur mengaku kesalahan sendiri, dan bukan mudah bagi segelintir individu untuk mengaku bersalah serta memohon maaf.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Hairi Azaki memuat naik satu status beserta gambar sekeping nota daripada seseorang memohon maaf kerana tidak sengaja menyebabkan plat nombor motosikalnya patah.

“Dalam hati saya ‘Ya Allah sungguh mulia seorang Hamba Allah ini meminta maaf serta jujur akan perbuatannya’ kebanyakan dari kalangan kita ini bila buat salah terus pecut lari,” tulisnya.


Menurut Hairi, dia mahu menghubungi individu berkenaan bukan kerana mahu meminta ganti rugi, namun mahu individu itu tahu bahawa dirinya sudah dimaafkan.

Sejurus selepas itu, Hairi menghubungi individu berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp dan memaafkannya tanpa meminta ganti rugi.


“Saya reda dan maafkan, terima kasih kerana bersikap jujur,” tulisnya.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang memuji kejujuran individu terbabit serta sikap keterbukaan Hairi yang tidak mudah menghukum seseorang atas kesalahan dilakukan.

“Semoga kebaikan hari ini dibalas baik dan menjadi kesinambungan kebajikan untuk orang lain,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments