Saturday, 20 May 2017

Perogol Bersiri Kejam Tikam Faraj Mangsa Ditembak Mati


JAKARTA – Polis Indonesia menembak mati seorang perogol bersiri yang didapati bersalah merogol sebelum menikam kemaluan 23 wanita dengan menyebabkan seorang mangsa maut.

Ikbal didapati bersalah dan dijatuhi hukum mati pada tahun lalu oleh sebuah mahkamah Luwu Timur, 564 kilometer dari Makassar, ibu kota wilayah Sulawesi Selatan.

Lelaki itu diburu selepas melarikan diri bersama beberapa banduan lain dari sebuah penjara di Makassar kira-kira dua minggu lalu.

Jurucakap polis berkata, lelaki itu ditembak mati ketika cuba ditangkap dalam satu serbuan di Poso, Sulawesi Tengah kelmarin.

Kematian Ikbal, 32, menghilangkan ketakutan penduduk terutama wanita yang masih trauma dengan jenayah kejam lelaki itu.

Ikbal mencetuskan ketakutan pada 2015 selepas dia menceroboh rumah penduduk sebelum merogol wanita.

Tidak cukup dengan itu, Ikbal turut menikam kemaluan mangsanya dengan pisau.

Sepanjang jenayah berkenaan, seramai 23 wanita menjadi mangsa dengan seorang maut akibat kehilangan darah yang banyak.

Ikbal juga mendapat jolokan ‘Kolor Ijau’ (seluar dalam hijau) dalam kalangan penduduk yang merujuk makhluk mitos yang terkenal kerana merogol wanita pada zaman dahulu.

Ketika perbicaraan, Ikbal memberitahu mahkamah, dia melakukan tindakan itu kerana dendam terhadap golongan wanita. – Agensi/myMetro Online

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments