Orang tua-tua dulu selalu berpesan, jangan bergurau bila berada di hutan atau tempat-tempat yang kita tidak tahu sama ada tempat itu keras dan sebagainya. Kerana bimbang dek keceluparan mulut itu akan membinasakan diri.
Ceritanya, tiga sahabat ini dalam perjalanan ke destinasi mereka melalui Lebuhraya Kesas pada waktu malam semalam, 'ternampak' sesuatu yang tidak sepatutnya.
Niat dua rakan di depan hanya mahu mengenakan seorang rakan yang duduk di tempat duduk belakang. Oleh kerana takut, wanita berkenaan terus melompat ke tempat duduk depan biarpun terpaksa duduk di atas riba rakannya itu.
"Kejadian sebentar tadi di mana saya telah bergurau dengan rakan saya dengan menakut-nakutkan mereka.
"Secara tidak sengaja, saya terakam kain putih di tempat duduk belakang sedangkan kami langsung tak bawa kain putih apapun masuk dalam kereta.
"Sumpah takut giler! Ya ampun, akibat mengenakan orang, akhirnya benar-benar berlaku," tulis Shakyra Arabian di Facebooknya jam 10.59 malam semalam.
Sementara itu rakannya berpendapat, mereka beruntung berpeluang merakam kelibat makhluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar itu. - The Reporter
No comments:
Write comments