BUAT pencinta kucing, kami pasti gambar haiwan ini bakal membuatkan jiwa anda diruntun sayu dan hiba.
Tebby, seekor kucing peliharaan yang kini sedang bunting diseksa dan dipukul oleh pihak tidak bertanggungjawab sehinggakan kedua rahang dan dagunya patah manakala, dua gusinya terbelah.
Pendek kata, penderitaan yang dialami kucing cukup berat sampaikan si comel ini juga tidak mampu untuk menjamah makanan waima untuk minum.
Sedih melihat penderitaan kucing betina peliharaannya itu, pemiliknya, Solihatul Farihah memohon bantuan orang ramai dari segi kewangan untuk kos merawat Tebby memandang dia mengalami kekangan wang.
“Hari ini saya nak minta sedikit bantuan dari semua untuk rawatan kucing saya. Tebby, umur 3 tahun. Sekarang tengah bunting, dipukul pihak yang tak bertanggungjawab sehingga terbelah dua gusi.
“Saya tak bekerja, suami sahaja yang bekerja. Saya mengandung 8 bulan setengah dan tengah tunggu masa untuk bersalin. Kewangan tak banyak.
“Mohon pertolongan dari segi sumbangan dari yang sudi. Saya akan update bil klinik kemudian, terima kasih,” tulisnya di laman Facebook.
Dalam perkembangan lain, Farihah memberitahu kandungan Tebby juga tidak dapat diselamatkan kerana khuatir kelak berlaku komplikasi.
Difahamkan, Tebby kini masih lagi menerima rawatan di klinik haiwan.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan atas nama Solihatul Farihah di akaun CIMB – 7016875938 (12630003653527) atau akaun Maybank suaminya, Anif Irfan – 162179775993. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments