KOTA KINABALU: Seorang pemandu UBER di bandaraya ini menjadi mangsa terbaru dipukul pemandu teksi selepas mendakwa pemandu berkenaan mengambil penumpang mereka di sini.
Difahamkan dalam kejadian pada ahad lalu pemandu UBER berkenaan ke Masjid Bandaraya di Likas untuk mengambil seorang penumpang sebelum didatangi oleh beberapa orang pemandu teksi di situ.
Salah seorang daripada mereka bertanya kepada mangsa sama ada dia adalah pemandu UBER atau sebaliknya. Mangsa memberitahu mereka perkara yang sebenar.
Mendengar jawapan daripada mangsa, pemandu teksi berkenaan berasa tidak puas hati kerana mendakwa penumpang mereka telah dirampas menyebabkan dua daripada mereka bertindak memukul pemandu UBER berkenaan.
Mangsa mendakwa ditumbuk di bahagian bibir dan leher sebelah kanan. Demi untuk mempertahankan diri, mangsa terpaksa melawan dua lelaki itu sebelum bertindak membuat laporan polis atas insiden berkenaan. - Suara Sabah
No comments:
Write comments