Tuesday, 4 April 2017

Gadis Digasak Sekumpulan Wanita Hingga Tercabut Coli


SEORANG wanita Thailand dibogelkan secara paksa dan dipukul beramai-ramai tanpa belas kasihan oleh sekumpulan wanita di sebatang jalan raya di sebuah bandar di negara itu.

Video pergaduhan dikongsikan menerusi laman Ratu Perang itu ibarat menyaksikan insiden seperti berlaku di China apabila wanita dimalu dan dipukul di khalayak ramai kerana menjadi punca lelaki bersikap curang terhadap isteri.

Bagaimanapun, insiden yang tercetus dalam kalangan wanita Siam ini tidak diketahui puncanya kerana tidak dinyatakan oleh pentadbir laman yang berkongsi video berdurasi satu minit tersebut.



Di dalam video itu, mangsa merupakan seorang wanita muda yang memakai baju berwarna merah kelihatan teruk disepak terajang oleh sekumpulan wanita.

Tidak cukup dengan itu, rambut mangsa ditarik-tarik malah bajunya direntap oleh kumpulan wanita berkenaan hingga tercabut coli yang dipakainya.

Mangsa dilihat cuba menahan bajunya daripada tertanggal malah rakan mangsa yang cuba membantunya turut digasak ganas oleh kumpulan berkenaan.

Manakala orang ramai yang berada di tempat kejadian tersebut hanya mampu berdiri dan memerhatikannya sahaja mangsa dibelasah tanpa ada tampil membantunya.

Tidak dapat dipastikan bagaimana pengakhiran video tersebut dan nasib yang menimpa mangsa. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments