Wednesday 5 April 2017

Jika Terdesak Pyongyang Lancar Nuklear Serang AS – Mantan Duta Besar


WASHINGTON: Mantan Duta Besar Korea Utara ke Britain, Thae Yong-ho yang pernah membelot 2016 berkata, ketika ini pemimpin tertinggi negara tersebut, diktator Kim Jong-un berputus asa mempertahankan kuasanya ketika banyak negara di dunia menekan Pyongyang.

Jong-un dikatakan kecewa dalam menguasai senjata nuklear dan peluru berpandu balistik benua ke benua.

Justeru, jika rasa terancam, tidak mustahil Jong-un sanggup melancarkan senjata pemusnahnya terhadap musuh, khususnya Amerika Syarikat (AS).

Thae sebagaimana dilaporkan Fox News pada Selasa berkata, “ketika beliau melihat tanda ancaman AS, beliau sedia menggunakan senjata nuklear dengan peluru berpandunya.”

Thae berkata, beliau sendiri tidak terlibat langsung dalam program pengembangan senjata besar Jong-un.

Dunia meyakini Pyongyang memiliki senjata nuklear, tetapi tidak diketahui adakah senjata tersebut berkesan menyerang negara musuh yang terletak jauh daripadanya khususnya AS.

Disember 2016, Korea Utara dikatakan membangunkan pelancar roket serta memasang peledak nuklear pada peluru berpandunya, tetapi tampaknya senjata tersebut belum mampu mencapai AS.

Bagaimanapun, pemerhati percaya beberapa tahun akan datang, Korea Utara berupaya memiliki peluru berpandu jarak menengah yang dapat menyerang pangkalan AS di Pasifik.

Manakala, pemerhati ekstrem mengakui pada 2020, peluru berpandu benua ke benua Pyongyang mampu mencapai bahagian barat AS. – Sarawakvoice

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments