KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah ‘menyelamatkan’ 4 orang kanak-kanak jalanan dalam satu rondaan Unit Ops Khas, Jabatan Penguatkuasaan pada pagi Isnin lepas.
Menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, salah seorang daripada kanak-kanak tersebut mengakui telah mandi di Air Pancut, Jalan Gaya pada hari Ahad yang lepas.
Mereka juga seringkali dilihat mengemis di sekitar Pusat Bandaraya Kota Kinabalu.
Kanak-kanak lelaki yang di ‘selamatkan’ ini berumur di antara 8 hingga 12 tahun dipercayai bukan warganegara Malaysia.
DBKK telah menyerahkan mereka kepada Majlis Keselamatan Negara dan ditempatkan di Pusat Tahanan Sementara Kimanis.
Datuk Yeo berkata operasi sebegini akan diteruskan dari masa ke masa dan beliau memohon kerjasama orang awam untuk menyalurkan aduan ke talian hotline DBKK 088-210011 atau WhatsApp DBKK di talian 010-2222000 untuk tindakan segera DBKK. - Borneo Today
No comments:
Write comments