Tuesday 22 August 2017

Penyanyi K-Pop Diraba Peminat Di Airport Jakarta


SEORANG penyanyi K-Pop mengalami insiden memalukan apabila diraba peminat fanatiknya sebaik dia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta, baru-baru ini.

Kebanjiran peminat fanatik yang ingin mendekati penyanyi kumpulan Girls’ Generation itu menyebabkan Kim Taeyeon terjatuh di celah-celah keriuhan itu.

Sebaik terjatuh, Taeyeon kemudiannya terus dikendong petugas keselamatan berikutan takut berlaku sebarang perkara buruk terhadap selebriti popular itu.

Kekecohan itu berlaku disebabkan peminat yang terlalu teruja mahu menyentuh dan melihat idola mereka dari jarak dekat.

Media turut melaporkan Taeyeon menangis susulan insiden itu dan tidak menyangka sambutan sebegitu hangat sehingga menyebabkannya berasa sedikit ‘trauma’ dengan ketaksuban peminat Indonesia.



Taeyeon kemudian berkongsikan kejadian itu di laman Instagramnya dengan memuat naik gambar kosong berwarna hitam beserta kapsyen dalam bahasa Korea sebagai meluahkan kekesalannya di atas insiden itu.

“Berlaku situasi mencemaskan di lapangan terbang Jakarta di mana ramai bersesak sehingga berlanggar-langgar di antara satu sama lain. Sampai satu saat tu saya terjatuh ke lantai, saya mengigil dengan situasi itu. Air mata tak berhenti mengalir. Pihak keselamatan kemudiannya terus mengendong saya bagi memastikan keselamatan saya. 

“Saya tahu ada juga di antara peminat yang turut terjatuh susulan rempuhan itu, malah bahagian sensitif seperti bahagian punggung dan payudara turut diraba seperti mana yang turut dialami saya. 

“Saya tahu perkara ini bukannya disengajakan dan saya berharap selepas ini, peminat semua dapat berhati-hati agar perkara seperti ini tidak lagi berulang di masa akan datang,” tulisnya.

Melihat ungkapan kekecewaan selebriti itu, peminat di Indonesia kemudiannya menyampaikan permohonan maaf mereka berikutan insiden itu.

@novin3277 menulis, “Sorry for the unpleasant incident at Jakarta airport.”

@riradx: “I’m sorry you had to go through this you know we love you, please get well really soon & take care!”

@fatonah_zzzz : “I’m sorry Taeyeon, please get well really soon & take care! (emoji), I’m sorry FROM INDONESIA.” – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments