Tuesday 22 August 2017

Betul Ke Datuk Vida & Edry KRU Ada Konflik?


KHABARNYA, Datuk Seri Vida (DSV) dan Edry KRU sedang menghadapi perselisihan faham berkenaan lagu I Am Me.

Tidak pasti sejauh mana kebenaran cerita yang disampaikan ini kerana jika dilihat pada dasarnya, lagu I Am Me itu merupakan satu kolaborasi yang berjaya antara dua figura ikonik tersebut.

Cerita ini belum mendapat pengesahan daripada tuan empunya badan sendiri, namun ianya sedang hangat dibualkan di forum-forum hiburan online.

Menurut thread forum tersebut, krisis tersebut tercetus oleh sebab terdapat beberapa perkara yang membuatkan DSV tidak berpuas hati, salah satunya tentang hak cipta penulisan lirik.

Difahamkan, lirik lagu I Am Me itu sebenarnya hasil kerjasama DSV dan Edry namun ia didaftarkan sebagai milik penuh Edry.

Satu lagi hal yang khabarnya tidak dipersetujui DSV adalah pada asalnya, jutawan kosmetik itu mahu menampilkan video klip lagu itu di saluran YouTube miliknya namun selepas segala proses selesai, video tersebut dimuat naik ke dalam laman YouTube milik KRU Music.

Walaupun secara teknikalnya lagu dan klip video adalah milik penuh syarikat rakaman, namun ianya hanya termaktub kepada artis naungan syarikat sahaja.

Tetapi, ada juga artis yang tidak bernaung di bawah mana-mana label yang ‘menumpang’ channel YouTube syarikat itu bagi tujuan mempromosikan lagu mereka.

Jadi, mungkin penyampai cerita ini sebenarnya tidak tahu situasi sebenarnya dan cuma menyampaikan apa yang dia dengar daripada sebelah pihak.

Sebelum ini, DSV pernah menyuarakan hasrat untuk menghasilkan satu lagi klip video I Am Me yang akan dirakamkan sepenuhnya di rumahnya di Meru, Ipoh, Perak.

Mungkinkah kerana mahu memuat naik video tersebut di dalam channel YouTube miliknya atau sekadar suka-suka kerana mahu video klip ini mempunyai lebih banyak personal touch? Jawapannya hanya DSV dan Edry sahaja yang tahu.

Biasalah jika kedua-duanya orang yang tetap pendirian dan berpersonaliti tegas, pasti akan berlaku sedikit pergeseran dan perselisihan faham dari sudut kreativiti.

Hasil ‘tinjauan’ di laman sosial kedua-dua Edry dan DSV tidak menemukan kami dengan sebarang klu atau bayangan ada krisis di antara mereka. Mungkin semuanya baik-baik sahaja dan pihak luar yang sengaja mahu melagakan-lagakan mereka, kut! – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments