Monday 21 August 2017

Hafiz Hamidun Kumpul Bukti Permasalahan Rumah Tangga


SUSULAN tindakan isterinya, Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Revfa yang memfailkan permohonan pembubaran pernikahan mereka, Hafiz Hamidun berkata dia ingin mengumpul segala bukti mengenai perkahwinan mereka sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada umum.

Penyanyi berusia 33 tahun itu berkata, “Saya tiada ulasan tentang perkahwinan tidak sah, anda akan ketahui tentang perkara itu tidak lama sahaja lagi selepas semua keputusan dan fakta sudah siap.

“Bukan saya berdiam diri, cuma saya ingin bercakap berlandaskan fakta bukan emosi semata-mata. Bagi saya sekarang bukan masanya lagi,” katanya memetik kenyataannya seperti mana yang disiarkan menerusi Instagram Live sebentar tadi.

Joy membuat permohonan faraq di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Jumaat lalu selepas didorong tindakan suaminya yang meragui pernikahan mereka.

Menurut Joy selepas mendakwa pernikahan mereka tidak sah, Hafiz tidak lagi menganggap dirinya sebagai isteri.

“Saya tidak diberi nafkah zahir dan batin. Sehubungan itu, saya berjuang untuk mempertahankan hak sebagai wanita,” katanya memetik laporan BH Online.

Pasangan ini bernikah pada 1 Mei lalu selepas dua bulan bertunang pada Mac lalu.

Hubungan kedua-duanya mula menjadi hangat beberapa minggu lalu selepas masing-masing saling ‘bercakaran’ di media sosial.

Ia bermula apabila Joy mula memuat naik rakaman video memaparkan lagu Despacito yang dinyanyikan semula oleh beberapa penyanyi wanita dalam bahasa Melayu.

Antara lain, lirik lagu itu berbunyi: “Ku keliru, jujur aku katakan aku keliru, sejak pertama kali kita bertemu, ku fikir ku tahu apa yang ku mahu.”

Video berkenaan diiringi dengan status berbaur sedih, “Seharusnya…lebih baik bersabar dari terburu-buru dan terus keliru..”

Kedua-dua pasangan berkenaan juga dikatakan tidak lagi berkongsi gambar-gambar mereka di laman sosial masing-masing.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor pada 1 Mei lalu dengan sekali lafaz.

Joy Revfa mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun hasil perkahwinan pertamanya dahulu. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments