Saturday 13 May 2017

VIDEO: Bukti Sajat Terima Panggilan Suruh Halau Fasha


SUSULAN kenyataan pihak penganjur acara yang menafikan berlaku kejadian tarik diri daripada pertunjukan fesyen mahupun halau-menghalau, ahli perniagaan terkenal, Nur Sajat tiba-tiba menerima tempias apabila dipersalahkan dalam gosip hangat itu.

Ini gara-gara ramai peminat percaya kononnya Nur Sajat sengaja membuat cerita, sekali gus berniat mahu memecah belahkan hubungan antara Fasha Sandha dan Nora Danish.

Apatah lagi, Nora Danish ada menyatakan dia sendiri tidak tahu menahu berhubung isu tuduhan yang dilemparkan oleh Fasha Sandha.

Bagaimanapun, satu video Live yang dirakam jurumekap Nur Sajat yang dikenali sebagai Giebam ketika jelitawan itu menerima panggilan daripada pihak penganjur bagai mengesahkan dakwaan Fasha.


Dalam video itu, Nur Sajat kelihatan sedikit tegang ketika menerima panggilan itu sehingga meminta Giebam agar tidak merakamkan hal itu.

Kemudian, Nur Sajat dilihat keluar dari sebuah bilik sebelum menghubungi individu lain bagi memaklumkan arahan yang diterimanya itu.

“Owner Jakel hubungi kita, sekarang ini Nora nak tarik diri dekat fashion show sebab dia tahu Fasha Sandha nak datang. So sekarang ini mereka tak bagi Fasha datang,”katanya kepada seseorang.

Rakaman live itu bagaimanapun tiba-tiba kemudian ditutup oleh Giebam apabila menyedari keseriusan isu yang sedang berlaku.


Bagaimanapun, sejauh mana kebenaran yang dipapar dalam video itu tidak diketahui yakni sama ada benar Nora Danish sememangnya tidak mahu Fasha Sandha berada dalam acara tersebut atau tidak.

Apakah Sajat tersalah faham dengan apa yang berlaku?

Setakat ini, Nora Danish dalam satu sidang akhbar semalam menyatakan akan menyaman Fasha Sandha yang mendakwa dia tidak mahu hadir dalam satu pertunjukan fesyen di ibu negara baru-baru ini.

Fasha Sandha dalam reaksi balas menyatakan dia tidak takut dan turut memuat naik hashtag #burungpsycho, dipercayai menyindir jenama fesyen Nora Danish yang menggunakan nama dan lambang burung hantu.

Pihak penganjur pula mengakui ada berlaku salah faham dan pihaknya sedia bertanggungjawab atas hal tersebut. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments