Friday 21 April 2017

Disimbah Asid Oleh Ex-BF, Ratu Cantik Dedah Wajah


SETELAH tiga bulan tragedi hitam dalam hidupnya berlalu, seorang ratu cantik akhirnya memiliki kekuatan ditemu bual sekali gus mendedahkan wajah hodohnya buat pertama kali di televisyen.

Gessica Notaro, 27, yang cacat muka akibat disimbah asid teman lelakinya; merupakan peserta akhir pertandingan Ratu Cantik Itali 2007, muncul ditemu bual menerusi program Maurizio Costanzo terbitan stesen Canale 5.

“Saya mahu awak semua lihat apa yang dia lakukan kepada saya. Ini bukan sesuatu dinamakan cinta,” katanya kepada pengacara sambil menanggalkan kain yang menutupi wajahnya.



Gessica diserang dengan cecair berasid oleh bekas teman lelakinya sendiri, Tavares pada 10 Januari lalu.

Akibat insiden itu, kulit wajah gadis jelita ini melecur teruk selain matanya terpaksa menjalani pembedahan untuk menyelamatkan mata sebelah kirinya.

Mereka dikatakan berpisah pada Ogos 2016. Namun, kerana terlalu cemburu dan tidak puas hati kepada Gessica, Tavares bertindak mencurahkan asid pada wajahnya.

Sementara itu, dalam temu bual eksklusif tersebut, wanita ini akui masih lagi trauma dengan insiden berkenaan sehingga dia takut untuk keluar rumah.


“Sewaktu dia mencurahkan asid ke muka saya, saya melutut dan berdoa supaya mata saya tidak buta.

“Saya juga telah dikurung selama dua bulan di dalam hospital dan hanya boleh bercakap dengan ibu saya menerusi tingkap cermin,” katanya seperti yang dipetik Daily Mail.

Gessica, yang bekerja sebagai pelatih singa laut kini dalam proses pemulihan wajahnya.

Sementara, teman lelakinya kini didakwa di sebuah mahkamah atas perbuatan itu. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments