Monday 15 May 2017

Punggung Sebesar Kim K Diharam Sertai Miss Bumbum


PERTANDINGAN Miss Bumbum, yang merupakan pertandingan paling popular bagi mencari pemenang yang memiliki punggung tercantik, kini mengenakan syarat kepada peserta, iaitu punggung sebesar Kim Kardashian tidak akan dibenarkan mengambil bahagian.

Ini bermakna, penganjur mengharamkan punggung selebar 43 inci seperti Kim atas alasan ia terlalu besar.

Peraturan itu dikuatkuasakan kerana penganjur mahu mencari pemenang yang mempunyai kecantikan klasik dan elegan.

Miss Bumbum merupakan pertandingan yang terkenal di seluruh dunia disebabkan pesertanya akan beraksi dalam keadaan seksi dan menggoda sambil memakai baju renang yang menjolok mata. dengan keutamaan diberikan di bahagian punggung.

Ia telah diadakan selama enam tahun berturut-turut dan akan berlangsung mulai Ogos dengan peserta yang kebanyakannya berangan mahu menjadi model, akan beraksi mewakili daerah masing-masing.

Mereka yang terpilih sebagai pemenang Miss Bumbum akan menjadi popular sekelip mata. Tahun lepas, Erika Canela menjadi pemenang pertama di kalangan kulit hitam dan telah membintangi rancangan Big Brother TV di Portugal.

Erika juga terpilih menjadi muka depan untuk majalan Playboy edisi Portugal. – Mynewshub.cc

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments