Monday 8 May 2017

Padah ‘Bersantai’, Remaja Jatuh Tingkat 3


SEORANG remaja lelaki terpaksa menanggung kesakitan selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan pusat membeli belah di Ipoh, Perak, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, remaja berusia 17 tahun dipercayai duduk di palang besi bersama sekumpulan rakannya di tingkat tiga premis tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Abdul Rani Alias berkata, tindakan remaja tersebut ditegur pengawal keselamatan dan mereka kemudiannya meninggalkan kawasan tersebut.

Menurutnya, secara tiba-tiba remaja tersebut naik semula duduk di tempat berkenaan dan hilang imbangan sebelum terjatuh.

“Mangsa yang patah tangan kiri dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial dengan beberapa rakaman selepas insiden di muat naik.

Rakaman tersebut memaparkan keadaan mangsa yang terbaring dan dibantu orang ramai yang dipercayai rakannya.

Mangsa diletakkan di atas kerusi roda dan berada dalam keadaan lemah sambil rakan-rakannya bercakap sesuatu.

Sementara itu, Ipoh Parade dalam kenyataannya mengesahkan kejadian tersebut namun menafikan kejadian tersebut disebabkan kerosakan struktur dalam bangunan itu.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments