Monday 15 May 2017

Isteri Nekad Langgar Kereta Suami Curang


BANGKOK, THAILAND – Bengang dengan kecurangan suami, seorang wanita nekad melanggar kereta yang dinaiki suami dengan perempuan simpanan lelaki itu.

Asia News Network melaporkan, dalam insiden yang berlaku Sabtu lalu, wanita berkenaan mengesan keberadaan suaminya menggunakan Sistem Pengesan Kedudukan Global (GPS) sebelum terlihat kereta suaminya di Sawai Prachard Road.

Dia yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner kemudiannya nekad melanggar kereta Mercedes Benz yang dinaiki suami dan perempuan simpanan lelaki berkenaan.

Tindakan itu dibuat bagi mengelakkan suaminya melarikan diri namun kejadian itu menyebabkan empat orang cedera dan merosakkan tiga kenderaan lain.

Kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang di Jalan Rangsit-Nakhon Tambon Bung Yitow itu turut menyebabkan kesesakan teruk selama empat jam. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments