Monday 1 May 2017

Buta kerana hon lembu halang laluan


New Delhi: Seorang pemandu pikap buta sebelah mata selepas dipukul pemilik lembu yang berang kerana dia menakutkan haiwan itu apabila membunyikan hon kenderaannya. 

Kejadian berlaku di kampung Maina, berhampiran Patna, Khamis lalu.

Menurut polis, Ganesh Mandal, 30, pulang dari Saharsa apabila laluannya dihalang lembu di atas lebuh raya. 

“Mandal membunyikan hon dengan harapan lembu itu beredar, sebaliknya haiwan berkenaan panik dan lari.

“Akibatnya, pemilik lembu yang berada berhampiran berang dan membelasah Mandal berulang kali menggunakan kayu,” katanya. 

Mandal yang pengsan cedera pada mata kirinya yang mengalami pendarahan teruk. 

Doktor berkata, dia berkemungkinan hilang penglihatan sepenuhnya pada mata itu. 

Pemilik lembu itu, Ram Dular Yadav, sudah ditangkap tetapi menafikan haiwan miliknya merayau di atas lebuh raya. 

“Saya sedang memerah susu lembu itu tetapi ia takut apabila pemandu berkenaan membunyikan hon,” katanya. – Agensi/HMetro

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments