Wednesday, 22 February 2017

Padah menyebut perkataan bom


KOTA KINABALU: Seorang jurutera wanita ditahan kerana menyebut perkataan bom ketika ditanya oleh pegawai khidmat pelanggan di kaunter daftar masuk bagasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, pengadu yang juga pegawai khidmat pelanggan di kaunter daftar masuk bagasi KKIA telah bertanya kepada saspek ketika membuat pemeriksaan keselamatan sama ada membawa barang berbahaya dan saspek telah menyebut perkataan bom.

“Semasa pengadu berada di kaunter daftar masuk bagasi dan membuat pemeriksaan keselamatan, pengadu telah bertanya kepada salah seorang penumpang Royal Brunei Airlines samada terdapat barang berbahaya atau tidak di dalam bagasinya lalu penumpang tersebut menyebut perkataan ‘Bom’.”


“Pengadu telah membuat laporan kerana telah terdengar perkataan bom daripada saspek dan atas nasihat pihak pengurusan Royal Brunei Airline, pengadu seterusnya telah membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan kepada media. 

Tambah Chandra, hasil siasatan lanjut mendapati saspek berasal dari Negeri Sarawak dan menetap di Negara Brunei serta telah mendapat PR sejak empat tahun lepas. 

“Tujuan saspek datang ke Sabah adalah untuk lawatan dan membawa kakaknya balik semula ke Brunei.” 

“Pihak polis telah merampas beg saspek dan pemeriksaan ke atas beg pakaian mendapati tidak ada barang yang menyalahi undang-undang, katanya sambil menambah saspek seterusnya telah ditahan dan dibawa ke Lokap Berpusat Kontinjen Sabah. 

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments