NEW YORK: Aktres Kristen Stewart pernah dikritik Presiden Donald Trump di Twitter, namun beliau membalas kritikan itu ketika mengacarakan program televisyen terkemuka di Amerika syarikat (AS), Saturday Night Live.
Stewart secara monolog memaklumkan beliau mahu mempromosikan filem Twilight yang kekal dalam senarai iTunes selama lapan tahun. "Tahniah!" katanya.
"Saya agak gementar menjadi pengacara kerana saya tahu Presiden mungkin sedang menonton dan saya merasakan beliau tidak begitu menyukai saya, " kata Stewart yang berpakaian hitam dalam rancangan itu.
"Ini apa saya tahu. Empat tahun lalu, saya bercinta dengan lelaki bernama Rob (Robert Pattinson) dan kami putus, kemudian kembali bersama, namun entah mengapa Trump marah."
Stewart kemudian membacakan beberapa kenyataan Twitter yang dimuat naik Presiden AS atau lebih dikenali dengan singkatan 'PUTOS' pada Oktober 2012 dan mendakwa Trump mengutuknya sebanyak 11 kali.
"Robert Pattinson tidak patut kembali bersama Kristen Stewart. Beliau menipunya seperti anjing dan akan melakukannya lagi. Beliau sepatutnya mencari teman wanita yang lebih baik!" kata Trump menerusi akaun Twitter beliau.
"Semua tahu saya betul bahawa Robert Pattinson patut meninggalkan Kristen Stewart. Dalam beberapa tahun lagi, beliau akan berterima kasih kepada saya. Bertindak dengan bijak, Robert."
"Baiklah, untuk bertindak adil, saya tidak merasakan Donald Trump membenci saya," kata pelakon filem Cafe Society itu.
"Saya fikir beliau mencintai teman lelaki saya kerana beliau juga pernah berkata dalam Twitter bahawa 'Pertandingan Miss Universe 2012 akan disiarkan secara langsung di NBC dan Telemundo pada 19 Disember. Jemputan terbuka untuk Robert Pattinson."
"Baiklah, ini sesuatu yang gila, betul?" Tanya Stewart kepada penonton. "Presiden bukan meminati saya, namun saya tidak kisah dan Donald, jika dulu kamu tidak suka saya, mungkin kamu tidak menyukai saya sekarang, kerana saya mengacarakan SNL dan saya pula seorang homoseksual."
Selepas Stewart menyedari monolog secara tidak sengaja itu, beliau segera menutup mulutnya. "Oh Tuhan saya minta maaf," katanya. "Dan Alessia Cara juga ada di sini dan saya mungkin tidak akan kembali."
'Mungkin seseorang patut mengingatkan Stewart bahawa beliau bersiaran secara langsung dari New York.' - Agensi
No comments:
Write comments