Friday 17 February 2017

20 orang bantu pemuda seberat 220kg berdiri


Wuhan: Sekiranya jatuh terduduk, anda mungkin mudah untuk bangun semula tetapi jika berat badan mencecah 220 kilogram, anda mungkin berdepan masalah besar.

Itulah yang berlaku kepada seorang pemuda obes di bandar ini yang terpaksa dibantu 20 orang selama dua jam selepas terjatuh di laluan pejalan kaki.

Xiao Huang, 27, dilaporkan baru keluar dari sebuah hospital di sini dan berjalan bersama ibunya untuk mendapatkan teksi bagi pulang ke rumah. 

Lelaki yang memiliki berat badan mencecah 220 kilogram itu mendapatkan rawatan di hospital akibat gastrik selepas dia mengamalkan diet untuk mengurangkan berat badannya. 

Bagaimanapun, ketika berjalan di laluan pejalan kaki, Xiao tergelincir dan terjatuh dalam keadaan terduduk. – Agensi/HMetro

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments